Bahagian Penguatkuasaan berperanan dalam menguatkuasakan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 kepada penagih-penagih dadah. Di samping itu juga, bahagian ini bertanggungjawab untuk memastikan Orang Kena Pengawasan (OKP) mengikuti program yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Tugas dan fungsi BPP adalah tertakluk di bawah Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004. Terdapat 3 cawangan iaitu, Cawangan Pengesanan, Pengawasan dan Keselamatan.
VISI
Menguatkuasakan Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983
MISI
Penggunaan Undang-undang dan Pendekatan Temuseru Dalam Membantu dan Memulihkan Penagih Dadah.
OBJEKTIF
Menguatkuasakan perundangan bagi memastikan perkara-perkara berikut:
Merancang dan menyelaras pelaksanaan program pemulihan dalam institusi dan komuniti.
Orang Kena Pengawasan (OKP) menjalani program rawatan dan pemulihan dan mematuhi syarat-syarat pengawasan.
Tahap keselamatan di institusi dan komuniti dalam keadaan terkawal.
Operasi JEJAK |
Ops Bersepadu |
Saringan Ujian Urin |