Pencegahan

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk melindungi seseorang dari terlibat dengan penggunaan dadah. Untuk mencapai tujuan ini, seseorang itu perlu dibina perwatakan serta kesedarannya tentang bahaya dadah sebagai perisai diri dari pengaruh oleh anasir yang menyebabkan ia terperangkap dengan dadah. Dengan wujudnya kekuatan ini, setiap individu akan berjaya mencegah dirinya dari terlibat dengan gejala dadah walaupun ia mudah dan senang diperolehi.

Konsep pencegahan dadah dikategori kepada :
    i. Pencegahan untuk masyarakat umum (primary prevention);
    ii. Golongan yang berisiko tinggi (secondary prevention); dan
  iii. Golongan yang telah terlibat dengan gejala penagihan seperti penagih dadah serta co-dependants (tertiary prevention).
    (Sumber: United Nations Office on Drugs and Crimes(UNODC)).

Di setiap kategori, pendekatan yang digunakan adalah berbeza dan mengikut keperluan kumpulan sasaran.

OBJEKTIF
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah .
  • Memberi pendidikan dan kemahiran daya tindak kepada kumpulan berisiko supaya tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah .
  • Mendapatkan dan memelihara sokongan rakyat untuk sama-sama bangkit memerangi dadah.

STRATEGI PENCEGAHAN
  1. Institusi Keluarga Bebas Dadah
  2. Institusi Pendidikan Bebas Dadah
  3. Tempat Kerja Bebas Dadah
  4. Komuniti Bebas Dadah

Bas Pameran AADK

Ceramah Antidadah