Dadah
Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang digunakan bukan untuk tujuan perubatan yang mana penggunaannya dilarang. Bahan-bahan ini menyebabkan pergantungan secara fizikal dan psikologikal serta tolerans yang meningkat. Penggunaan dadah mengakibatkan kesan buruk kepada kesihatan, diri, keluarga dan masyarakat. (takrif ini tidak meliputi alkohol, tembakau dan bahan inhalan).
Penagih Dadah Menurut Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983
Seseorang yang melalui penggunaan apa-apa dadah berbahaya mengalami:
- Suatu keadaan psikik dan kadangkala keadaan fizikal yang dicirikan gerak balas tingkahlaku dan gerak balas lain.
- Meliputi desakan mengambil dadah secara berterusan atau berkala.
- Mengalami kesan psikiknya dan mengelakkan ketagihan kerana ketiadaan dadah.
Penyalahguna Dadah Menurut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952
Menggunakan dadah berbahaya termasuk memakan, mengunyah, menghisap, menelan, meminum, menyedut atau memasukkan bahan-bahan itu ke badan dengan apa jua cara atau dengan menggunakan apa jua alat. Penyalahgunaan dadah tidak perlu disahkan oleh pegawai perubatan.
Candu Mentah
Getah yang dihasilkan daripada torehan buah pokok popi yang masih belum diproses.
Candu Masak
Candu mentah yang telah diproses dan sedia untuk digunakan.
Morfin
Serbuk habluran putih yang diperolehi daripada candu. Larutan morfin digunakan dengan cara suntikan intravena untuk mendatangkan kesan euforia.
Heroin
Serbuk habluran putih yang diperolehi daripada morfin melalui proses kimia. Cara penggunaan yang popular ialah menghisap, menyuntik atau menghidu bagi mendatangkan kesan euforia.
Syabu
Syabu atau nama saintifiknya methamphetamine hydrochloride merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk pecahan kaca atau seperti tawas. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal, diikuti dengan yang berwarna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya pula mempunyai rasa yang pahit.
Bahan Psikotropik
Bahan daripada jenis depresen, stimulan dan halusinogen.
Kanabis
Sebarang tumbuhan yang tergolong dalam Genus Cannabis atau mana-mana bahagian daripadanya dan digunakan sebagai dadah.
Stimulan
Sebarang ubat/dadah yang merangsangkan aktiviti sistem saraf pusat.
Stimulan
Sebarang ubat/dadah yang merangsangkan aktiviti sistem saraf pusat.
Ecstasy
Adalah sejenis dadah perangsang jenis amphetamine. Dadah berbahaya ini boleh merosakkan otak (gila) dan organ-organ utama dalam badan.
Halusinogen
Bahan kimia yang mendatangkan kesan kepada keadaan mental seseorang sehingga menimbulkan halusinasi dan pencerapan deria yang tidak normal.
(Sumber : www.adk.gov.my)
(Sumber : www.adk.gov.my)