Pemulihan

Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan (BRPP) telah mengambil inisiatif melaksanakan transformasi terhadap pendekatan program rawatan dan pemulihan dadah seiring dengan dasar AADK demi mencapai visi dan misi agensi.

Anjakan berganda dan menyeluruh ini dibuat selepas mengambilkira banyak faktor terutama perubahan profil penagihan, persepsi masyarakat yang lebih terbuka terhadap permasalahan dadah, harapan Stakeholder dan pencapaian yang kurang memberangsangkan terhadap rawatan dan pemulihan dadah yang dilakukan sebelum ini.Justeru, AADK telah memperkenalkan Model Cure & Care dengan konsep terbuka atau Open Access. Penekanan diberikan terhadap kaedah rawatan pemulihan secara sukarela dan menggabungkan alemen program psikososial dan klinikal serta perubatan sebagai komponen utama perlaksanaan program.
Pendekatan Model Cure & Care ini menjadi teras kepada semua bentuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh AADK dengan menjadikan tagline "Kami Prihatin, Kami Sedia Membantu", (We Care, We Serve) sehingga mampu memulihkan klien sebagai manusia yang kembali berfungsi.

Model Perkhidmatan Cure & Care

1) Klinik Cure & Care 1Malaysia

2) Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC)

3) Cure & Care Vocational Centre (CCVC)

4) Cure & Care Service Centre (CCSC)

5) Caring Community House (CCH)

 BRPP telah mengambil inisiatif melaksanakan transformasi terhadap pendekatan program rawatan dan pemulihan dadah seiring dengan dasar Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) demi mencapai visi dan misi agensi.

BRPP menyediakan perkhidmatan selaras dengan keperluan kepulihan klien, ekspektasi masyarakat dan kehendak stakeholder.

BRPP juga menyediakan perkhidmatan yang menggabungkan elemen psikososial, perubatan dan klinikal sebagai komponen utama program pemulihan klien.

Visi
Mengembalikan Penagih Dadah Sebagai Individu Yang Berfungsi.

Misi
Memberi Khidmat Rawatan Dan Pemulihan Secara Menyeluruh (Holistik).

Moto
Kepulihan Anda Keprihatinan Kami.

Objektif
  • Merawat Dan Memulihkan Pengguna, Penyalahguna Dan Penagih Dadah.
  • Mendampingi Kumpulan Berisiko.
  • Menjalankan Program Pencelahan (Intervensi) Dalam Kalangan Kumpulan Berisiko.
Kursus Asas 'Makeup'

Program Outreach